Press release -

Globee ambil ratusan kakitangan untuk bekerja dari rumah di Malaysia

3 Ogos 2020, Kuala Lumpur - Walaupun menghadapi kekangan yang timbul akibat pandemik Covid-19, Globee, sebuah usaha sama antara Everise dan UBASE telah mencatatkan pertumbuhan hasil tahunan hampir 250% sehingga 30 Mei 2020. Pusat Pengalaman Pelanggan Berbilang Bahasa generasi akan datang ini sedang mengambil beratus-ratus kakitangan di Malaysia untuk mengisi tenaga kerja mereka, yang dijangka meningkat kepada 740 orang menjelang Disember 2020.

Kadar pengangguran Malaysia mencapai paras tertinggi dalam sedekad lalu, pada tahap 3.9 peratus dalam bulan April 2020, iaitu merangkumi seramai 600,000. Namun, Malaysia ialah lokasi yang amat sesuai bagi BPO (Penyumberan Luar Proses Perniagaan), dengan nilai pasaran dijangka mencecah USD 1.4 bilion menjelang 2021[1].

Bagi Everise, Malaysia merupakan negara yang paling sesuai untuk menempatkan pusat perkhidmatan yang memberikan sokongan dalam semua bahasa Asia. Cuaca dan kedudukan geografi negara ini menarik penutur asli dari seluruh Asia untuk menetap di sini, memandangkan lebih 50% daripada juara pengalaman pelanggan (CX) syarikat di Malaysia berasal dari Asia Utara (Jepun, Taiwan dan Korea). Ini bermakna dari Malaysia, Everise boleh memberrkan khidmat sokongan kepada syarikat-syarikat logistik, permainan, pengguna dan teknologi kewangan. Malah, Everise, menerusi Globee, menjadi salah satu majikan penutur asli bahasa Jepun terbesar di Malaysia, dengan lebih 250 anggota kakitangan sepenuh masa yang berbangsa Jepun.

Tambahan lagi, Everise memang dihormati sebagai majikan, dengan CEO syarikat menerima penarafan positif 94% di Glassdoor. Bagi Globee, kadar pemberhentian kakitangan jatuh ke tahap rendah 1.9% pada bulan Mei, dan sejajar dengan itu, kadar kelulusan KPI syarikat (ukuran di mana syarikat mencapai semua sasaran pelanggan) meningkat kepada 76%.

Kesan COVID-19

“Walaupun COVID-19 memaksa kita untuk bekerja dari rumah, kami bernasib baik kerana sudah bersedia dari segi operasi untuk berbuat demikian dan ini telah meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh untuk meneruskan pertumbuhan dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu ini,” ujar Sudhir Agarwal, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Everise.

Everise telah melaksanakan penyelesaian bekerja dari rumah (W@H), Komputer sebagai Perkhidmatan (Daas) bagi 90 peratus daripada 12,000 tenaga kerja globalnya, dalam masa dua minggu pada bulan Mac 2020, yang sebahagiannya disokong oleh peningkatan permintaan daripada pelanggan perusahaannya.

“Kami adalah sebuah syarikat yang mengutamakan kakitangan dan mempunyai DNA keusahawanan dan inovasi dalam syarikat. Nilai-nilai ini amat penting untuk diamalkan dalam krisis untuk menawarkan pengalaman jenama yang luar biasa,” kata Sudhir Agarwal.

Mewujudkan titik hubungan pelanggan tersendiri

Operasi Everise di Malaysia menyokong trend pengguna yang celik digital dan semakin arif memilih di Malaysia, yang mahukan jenama untuk berhubung dengan mereka dalam satu suara dan menyediakan pengalaman berbilang saluran tanpa kerenah.

Apa yang sering diabaikan ialah pengguna mengandaikan bahawa apabila berinteraksi dalam pelbagai titik hubungan jenama, maka jenama mengetahui siapakah mereka. Sebagai contoh, jika anda membeli produk berjenama, anda mengandaikan jenama tersebut mengetahui siapa anda apabila anda membeli produk berbeza daripada mereka. Pengguna tidak mahu mengulangi jawapan kepada soalan atau mengisi maklumat sama yang sudah pun diberikan sekali kepada jenama.

Bagaimanapun, hanya 35% daripada syarikat perniagaan menyediakan pengalaman perkhidmatan berbilang saluran, kerana secara kelaziman sukar untuk memenuhi keperluan pengguna bagi pelbagai saluran komunikasi. Apabila syarikat membuat pelaburan besar untuk mengembangkan operasi merentasi sempadan, menyediakan pelbagai titik hubungi komunikasi – termasuk suara, e-mel, perniagaan, video atau media sosial – langkah ini mungkin dikekang faktor kos.

Tetapi di Malaysia khususnya, Everise telah ditubuhkan untuk menyediakan pengalaman tersebut. Jenama-jenama boleh memanfaatkan Everise, yang sudah mempunyai pelbagai saluran komunikasi, untuk memudahkan pelanggan berinteraksi dengan jenama dengan cara pilihan mereka.

Everise menjejak maklumat pelanggan merentasi berbilang saluran, dan dilengkapi dengan alat analisis dan maklumat yang sewajarnya, menghubungkan titik-titik penting di belakang tabir, membolehkan jenama mencipta pengalaman berbilang saluran, menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar dan khusus di titik hubungan utama. Jenama boleh memanfaatkan hasil analisis bersepadu yang menyediakan risikan perniagaan relevan dan ringkasan tepat tentang sentimen pengguna.

Untuk tujuan ini, Everise, menerusi Globee, memanfaatkan tenaga pemastautin dari berbilang negara di Malaysia untuk menambah bilangan juara perkhidmatan pelanggan dan menyumbang kepada pertumbuhan sektor BPO. Jika anda berminat untuk bekerja dengan Everise, layari weareeverise.com. Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan anda!

[1]The Borneo Post

--

Hubungan Media

Illka Gobius
Pinpoint PR
+65 9769 8370
illka@pinpointpr.sg

Jade Randall
Everise
+65 8868 1022
Jade.Randall@weareeverise.com

Related links

Topics

  • Business enterprise

Categories

  • bpo
  • malaysia
  • kuala lumpur
  • employment
  • employment opportunities
  • customer experience
  • globee
  • cx
  • digital experience
  • covid-19
  • everise
  • sudhir agarwal
  • next gen bpo

Mengenai Everise

Everise ialah jenama pengalaman global yang memperluas transformasi CX daripada syarikat-syarikat dalam Fortune 500 kepada perusahaan sedang berkembang yang paling dihargai dan syarikat teknologi baharu yang mencatatkan pertumbuhan tinggi. Dengan 15 pusat pengalaman yang terletak secara strategik meliputi 8 negara, Everise, syarikat BPO generasi akan datang, memanfaatkan kekuatan unik geografi dan penduduk tertentu untuk penyelesaian pengalaman pelanggan, produk dan digital sumber luar yang boleh diskala, mampan, tangkas, selamat dan fasih dalam lebih daripada 20 bahasa.

Mengenai Globee

Globee ialah Pusat Pengalaman Pelanggan Berbilang Bahasa generasi akan datang, di mana penutur asli menyokong penutur asli lain. Pendekatan rentas pesisir yang inovatif ini menghubungkan jenama pertumbuhan tertinggi kepada lebih 20 bahasa dan budaya. Diyakini oleh jenama-jenama kegemaran ramai di serata dunia, Globee ialah usaha sama antara Everise, dan UBASE, penyedia perkhidmatan Pengurusan Pelanggan terbesar di Korea. Pusat serba canggih kami di Malaysia digabungkan dengan operasi kami di Jepun, membolehkan kakitangan terbaik daripada kedua-dua syarikat untuk menyediakan pengalaman pelanggan berbilang saluran berprestasi tinggi pada kos lebih rendah, tanpa menjejaskan pengalaman pelanggan.

Contacts

Sheree Tan

Press contact Associate +65 8313 9472

Hakim Ishak

Press contact Client Executive +65 8949 3040

Windy Oktaviani

Press contact Associate +62 811 910 9266

Ramilyn Laysa

Press contact Senior Associate +63 998 992 4925

Related content

Everise President Dave Palmer honoured as Silver Stevie ® winner in 2020 American Business Awards ®

20 May 2020, Singapore - The President for Everise, the premier next generation BPO, Dave Palmer, was named as a Silver Stevie ® winner on 18 May, under the category of Achievement in Management - Business & Professional Services in the 2020 American Business Awards ®. More than 230 professionals worldwide participated in this year’s Stevie ® awards.
Headquartered in Singapore, Everise is a

Globee在大马招聘数百人居家办公

Everise和UBASE的合资企业Globee 是新一代的多语言客户服务中心。马来西亚的失业率最近创下十年新高,在2020年4月上升至3.9%,即60万名无业人士。虽然如此,马来西亚的业务流程外包(Business Process Outsourcing;BPO)市场价值仍然预计在2021年上升至14亿美元[1],也是Globee在当地适合设立业务流程外包 (BPO) 企业的好据点。 在2019年尽管在新型冠状病毒所带来的各种限制之下,截至2020年5月30日为止, Globee的年度营业额同比增长高达接近250%。目前,Globee正在马来西亚展开招聘活动,计划招收数百名员工,预计在2020年12月将当地员工总数增加至740人。

Globee Japan社、日本で100人規模の在宅ワーク人材を募集

EveriseとUBASEの合弁事業会社であるGlobee Services(以下、Globee)は 、新型コロナウイルス感染拡大による事業への影響を受けることなく、2020年5月30日までの1年間で、前年比およそ250%の収益成長率を実現しました。事業の需要増加に応えるため、最先端のカスタマーサポートを多言語で提供するマレーシア拠点(クアラルンプール)は、すでに日本で約100人の在宅ワーク人材を新規採用しており、2020年12月までにさらに100人追加採用することを決定しました。在宅ワークという働き方がまだ一般的でない日本では、異例の試みです。